Wednesday, December 29, 2010

Kerana Aku Wanita


kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita 
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..
kerana aku wanita 
aku damba pertolongan darimu Adam

peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku

peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu

kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku

saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka

maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya
Sumber:::iluvilslam.com

Thursday, December 23, 2010

PESANAN AKHIR (dari SAYYID QUTB)



Saudara!
Seandainya Kau Tangisi Kematianku
Dan Kau Siram Pusaraku Dengan Air Matamu
Maka Di Atas Tulang-Tulangku
Yang Hancur Luluh
Nyalakanlah Obor Buat Umat Ini
Dan...
Teruskan Perjalanan Ke Gerbang Jaya

Saudara!

Saturday, December 18, 2010

TABARRUJ??



Tabarruj, ialah mendedahkan kecantikan rupa paras, samada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Al-Bukhari RahmatuLlahi ‘Alaihi ada berkata: “Tabarruj, iaitu seseorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.” Beberapa hari yang lalu, seorang sahabat mengadu dia ditegur kerana warna tudung dan pakaiannya agak menarik perhatian, Ya Allah, Dia saja yang tahu malunya c muslimat ni, bila yang menegur tu pula dari kalangan muslimin. Tapi dia sendiri akui, warna2 pakaiannya terang, hijau, oren..pokok pangkalnya warna2 yang menarik perhatian sesiapa yang melihat. itulah tabarruj. Kadang2 kita tahu benda tu salah, tapi manusia kan, terkadang lupa, Alhamdulillah, ada sahabat yang sayang dan berani menegur. (tapi agak2 la klu muslimin yang tegur) 


Allah telah berfirman yang bermaksud: 
“Janganlah menampakkan perhiasan” (al-Nur: 31).


Kemudian pada ayat lain Allah berfirman: 
"dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu". (Al-Ahzab:33)



Pengertian perhiasan bukanlah terhad pada alat-alat solek atau fesyen-fesyen pakaian sahaja, malahan perhiasan yang paling istimewa adalah terletak pada tubuh badan seseorang wanita itu. Maksudnya gaya lenggok jalan seorang perempuan itu juga boleh menjadi tabarruj.
Zaman sekarang ni berlumba2 orang kejar fesyen semasa, up to date la lebih kurang, kalau ikut syariat tidak jadi hal, ni pakai pelik2. orang zaman dulu pun ndak pelik macam dorang. Tapi tu la satu saya mau ingatkan

Wednesday, December 15, 2010

Isteri Yang Solehah


Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al-Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.
Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.


Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

add this