Sunday, August 7, 2011

Kerja itu dan yang ini




Sudah lama tidak menjenguk blog ini, tiba2 teringin untuk memberi sedikit perkongsian. Semoga bermanfaat hendaknya.
Minggu ini genap sebulan, menjadi kuli di … Praktikal, tapi menjanjikan suasana alam pekerjaan yang menghidangkan gelagat rakan sekerja yang berlainan ragam. Sebulan belum cukup untuk mengenali mereka, bah kan, ‘hati’ pun belum ada di sini. Setakat ini, semua ok belaka, mereka peramah dan mesra, tapi seperti yang ku katakan di awal tadi, hatiku tidak ada disini. Mungkin terbawa2 emosi yang menggaru2 mau balik ke kampus, balik untuk bekerja juga, tapi berbeza, izzahnya berbeza. Apa yang mendorong seorang pekerja untuk bekerja, boleh jadi kerana gaji yang menanti di penghujung bulan (sesetengah org), tapi dalam kerja Islam, tidak ada terhidang wang ringgit sebagai imbalan, bah kan kita pula yang terpaksa keluarkan duit. Tapi kenapa bekerja tanpa “duit” itu ku rasakan jauh lebih ikhlas. Tersimpan sekelumit kebahagiaan, walau terkadang singgah sedikit sakit dan penat.
Bukan itu sahaja, di kalangan rakan2 sekerja , ada pula kes tidak puas hati antara satu sama lain dan sebagainya, sangat berbeza bila bekerja dalam harakah Islam. Semua akan cuba berlapang dada biarpun kadang2 tidak sependapat, tidak sefikir. Mungkin juga apabila bekerja, ia akan melibatkan duit, maka masing2 mem’baik’kan diri, di hadapan atasan dan sebagainya. Masing2 mahu menonjolkan diri agar lebih tampak hebat, dan tahu semuanya. Astagfirullahal a’zim..
Alam pekerjaan juga, menjadikan kita akan “top up” lebih untuk menjaga ikhtilat sesama rakan kerja. Kadang2 keadaan sangat memaksa untuk keluar –site- ‘berdua’ bersama BOS. Biar pun keluar atas keperluan kerja, tidak akan dapat lari dari pandangan dan fitnah manusia. Lebih2 lagi pekerja perempuan. Kerana itu aku dan sahabiah, merancang untuk membuka perniagaan sendiri, tidak makan gaji, tidak ikut2 bos. InsyaAllah.
Semoga Ramadhan ini, dapat memperbaiki diriku dan semua hambaMu. Ya Allah, ikhlaskan aku untuk terus bekerja disini. Bantu aku menjaga diriku, menjaga hatiku. Amin.
~ SALAM RAMADHAN AL MUBARAK~ Jadikan kami orang2 yang di sapa Ramadhan..

Sunday, June 5, 2011

KRIS SIPITANG kali ke-IV


Semua ahli PSS yang bertebaran di bumi Sabah dijemput datang untuk sama2 menyumbang bakti bagi melaksanakan  KRIS kali ini. Doakan semuanya berjalan sebagaimana yang dirancangkan. Wassalam.

Wednesday, May 25, 2011

Wahai Para Mujahid


Wahai para mujahid maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan jua fikiran
Korbankanlah harta sekalipun jiwa raga
Teguhkan keyakinan teruskanlah perjuangan

Wahai para mujahid janganlah terpengaruh
Ujian nikmat hidup duniawi
Biarpun ianya begitu indah
Namun hanya sementara

Memang berjuang itu terkorban
Kerana kita berjuang untuk berkorban
Itulah asam garam perjuangan
Syarat mendapat cinta Allah

Wahai para pejuang kebenaran
Suburkanlah semangat juangmu

Setiap masa sepanjang hayatmu
Dengan irama hiburan ini

Tempuhilah penderitaan
Di dalam perjuangan
Kerana itu adalah penghapus dosamu
Berjuang kerana Ilahi
Walaupun sedikit tetap kan dinilai
Sebagai amalanmu yang soleh

Lagu : The Zikr
Lirik : Ashaari Muhammad


Monday, May 16, 2011

Menjadi Guru


   Tekak semakin sakit. Suara semakin hilang. Cuaca yang panas baru2 ini benar2 menguji kekuatan fizikal. Sehingga ajakan untuk menghadiri kenduri tahlil terpaksa ditolak, pada masa yang sama mesyuarat yang sepatutnya dihadiri jam 10.30 malam sama sekali tidak difikirkan. Tidak ada mujahadah. Jam 2 petang esoknya..“Kak, jum makan diluar?”. “Allah..panasnya. Kamu saja la keluar ya, kak pesan mee goreng”.Jawabku sambil menjenguk keluar tingkap, terasa bahangnya masuk ke ruang bilik.
Itu cerita semalam, dan hari ini sakit. Ya, masih sakit. Dan hari ini (14 mei) juga perlu pergi ke program Kem Bestari Solat, jemputan menjadi fasilitator kepada adik2 yang terdiri daripada Tahun 4 hingga 6. Trauma. Itu cerita sahabat saya yang berpengalaman menjadi fasi kepada budak2 sekolah rendah. Hidup ini mahu tidak mahu, adalah pilihan. Alhamdulillah, Allah ringankan kaki saya untuk pergi juga ke program tersebut, walaupun kepala agak berat sekali bebannya.

Sunday, May 15, 2011

BERKONGSI (sambungan)



Buku "AKU TERIMA NIKAHNYA", bukan buku cinta. Tapi buku tentang kehidupan. Bagaimana jalan yang dipilih oleh seorang yang berjuang di jalan Allah, kerana pasangan seumur hidup ini juga akan menentukan siapa kita selepas berumah tangga. Buku motivasi kepada remaja yang merancang untuk menikah semata2 untuk mengelak daripada berbuat zina dan maksiat, sedangkan alam perkahwinan jauh lebih besar dan lebih payah berbanding kemampuan untuk kita mengelak zina. Jika menjauhi zina sahaja kita tidak mampu, inikan pula memikul beban sebagai suami atau isteri yang bukan untuk sehari dua, tapi insyaAllah seumur hidup.


   "Ustaz, saya buntu memikirkan bagaimanakah caranya untuk melembutkan hati bapa saya yang degil, enggan membenarkan saya berkahwin semasa belajar. Sedangkan kami sudah bersedia dan ayah pun ilmu agamanya bukan gitu2, " keluh seorang pelajar kepada saya.
"Pujuk dulu. Kalau ayah tak setuju, berhenti sebulan dua. Kemudian tanya lagi," Saya memberi cadangan.
"Kalau tak setuju juga?" soalnya.

Friday, May 13, 2011

BERKONGSI



Bagi mereka yang tidak segan menguruskan cinta dan perkahwinan, mereka mengikut kemahuan hawa nafsu dengan membelakangkan wahyu, biarlah mereka belajar tentang akibat yang bakal ditanggung.  Adik2 yang bercouple dan buat ‘ringan2’ sebelum berumah tangga akan menghadapi kesannya pada masa hadapan. Apatah lagi jika terjebak ke kancah zina. Selepas kahwin rumahtangga akan penuh dengan syak wasangka, si suami berfikir, “Jika dengan aku dia berani berzina, apa yang menghalangnya daripada berzina dengan orang lain?”. Ini yang dimaksudkan dosa semalam, menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya. Tapi bagi yang mempunyai kesedaran Islam, cara mereka ‘menjaga hukum Allah’ penting untuk dipandu. ‘cara mereka’ kadang2 menimbulkan kehairanan . Syariat yang manakah mengajar muslimat supaya menundukkan pandangan hingga terlanggar tong pemadam api yang tergantung di koridor? Islam manakah yang mengajar muslimat bercakap seperti ‘warden penjara’ ketika berurusan dengan muslimin, semata2 mahu menghayati kehendak syarak agar mereka tidsk melunakkan suara yang boleh menimbulkan fitnah. Bagi muslimin pula, pelbagai kerenah yang timbul. Kerana mahu menjaga syariat, mereka langsung tidak berhubung semasa bertunang sehingga tidak kenal satu sama lain. Maka terbatallah hikmah  pertunangan yang dianjurkan oleh Islam.  Ada pula pasangan yang berkenalan semenjak di sekolah menengah, atau matrikulasi tetapi selepas tiga empat tahun masih belum berumahtangga, hubungan mereka akan mengalami proses yang sama. Malangnya proses berlaku di luar perkahwinan, tiba2 satu perasaan pelik datang, dengan mudah memutuskan hubungan tersebut. Jemu, itu sahaja. Sepatutnya kita tidak perlu memulakan hubungan jika dalam jangka masa terdekat, tiada kemungkinan untuk perhubungan itu dinaik taraf menjadi perkahwinan. Jangan berjinak2 untuk berkawan antara lelaki dan perempuan jika kita sedia maklum yang ibu bapa tidak akan membenarkan perkahwinan kecuali selepas tamat pengajian. Komitmen ‘atas angin’ yang tidak disegerakan kepada sebuah perkahwinan, sering berakhir hanya disebabkan oleh emosi(jemu). Solusinya, sibukkan diri dengan usrah, gerak kerja persatuan, pertandingan2 dan pelbagai aktiviti. Kata pepatah arab

Sunday, May 1, 2011

Gadis Idaman



-1 message received-
Opening……
GADIS IDAMAN”
Gadis itu wajahnya berona NUR IMAN,
Mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN,
Maruah diri dipagari dengan KESOPANAN,
Diala puteri indah rupawan..
Tika gadis lain sibuk menghiasi diri,
Dia hias NUR ILAHI di wajahnya,
Tika gadis lain sibuk mencari sang putera,
Dia selesa bersama cintaNya.
Tika gadis lain sibuk BERMADAH PUJANGGA,
Dia tekun dengan bait kata RABBnya.
Tika gadis lain menangisi pemergian ARJUNA,
Dia tangisi KEHINAAN DIRI sebagai hamba.
Gadis itu seperti mawar BERDURI,
Indah dipandang tapi sukar dipegang,
Mulianya kerana keTAQWAannya,
Cintanya kerana keperibadian akhlak mulia,
Kerana itulah dikatakan dia..
“Gadis Idaman”

Saturday, April 30, 2011

Ujian Hati

Perjalanan jauh, pasti penuh ujian


Sabda Rasulullah saw: “Sesungguhnya di dalam jasad anak Adam itu ada seketul daging, bila ia baik, nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila buruk, maka buruklah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah, ia itu adalah kalbu (hati).” (Bukhari dan Muslim).

Seingat saya, ini merupakan hadis pertama yang saya bawa ketika pertama kali menjadi naqibah usrah sewaktu sekolah menengah dahulu. Tika berusaha mencari seinfiniti keikhlasan sebagai bekalan dalam menyampaikan usrah, lalu hadis ini hadir sebagai motivasi diri.
“HATI” sasaran utama rejim syaitan. Silap sedikit boleh kena jerat. Silap ramal boleh membawa padah. . Hati ibarat raja yang ditaati oleh rakyat.

Wednesday, April 6, 2011

Nikah muda?



Mata meliar mencari artikel terbaru di ruangan  iluvislam.. "Saatnya untuk Menikah", artikel yang mengingatkan aku akan soalan yang diajukan ketika pulang ke kampung baru-baru ini. "sudah ada calon ka ni?", aku tersenyum. Mak yang duduk bersebelahan juga tersenyum. Tidak sempat aku menjawab, mak sudah mendahului, "tunggu dulu dia habis belajar, lepas tu baru fikir pasal kahwin". Aku diam, tapi bukan bererti meng'iya'kan. Lagak seperti aku tidak endah akan soalan tersebut, sambil bermain2 bersama anak kepada sepupuku, haa budak ni hampir menjangkau 4 tahun, 'ummi'nya juga sebaya denganku, sudah punya 2 orang anak pun, coming soon akan menjadi 3 orang. Alhamdulillah, rezeki dia. Ketika berada di dalam bas balik ke kampus tempoh hari, mengambil masa 3-4 jam perjalanan, fikiranku jauh melayang,  mentaliti masyarakat yang bagaimana harus diwujudkan?? Salahkah bernikah sebelum habis belajar(ipt)? Adakah perempuan harus berdiam walaupun berkeinginan untuk menikah? Malu lebih dikhuatiri berbanding hati yang terus menerus bermaksiat? Aku respect kepada remaja2 yang menikah seusia mudanya, mahu malu kenapa, Allah sudah bagi tunjuk jalan halal, tapi ramai lagi yang memilih jalan dosa, jalan yang membawa ke neraka, jalan senang kononnya. Dan aku tidak faham mentaliti sebegini. Selalu aku perhatikan perbualan di kalangan sahabat2 muslimat, rancak bertukar cerita dirisik, dilamar dan sebagainya. Tapi untuk menikah?

Saturday, March 26, 2011

Wanita Yang Indah

Aduhai wanita... Sungguh mahal dirimu di mata lelaki, tetapi mengapa masih ada lagi yang tidak menyedari? Dirimu sungguh agung di mata lelaki dan terlalu mulia di sisi Penciptamu. Namun itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan dirimu sendiri.
Menjadi wanita adalah satu anugerah yang paling indah. Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu, lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkahmu. Halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu.

Duhai wanita...

Friday, March 25, 2011

Aku lahir di situ




Usai solat fardu Isya' berjemaah, duduk sambil berbual dengan beberapa orang muslimat..tangan meramas-ramas beg sandang. Terpapar pada screen hp "1 missed call", tangan sebelah pula terus meramas beg, hp yang satu lagi, "1 missed call". Panggilan daripada sahabat seangkatan merangkap pengerusi PSS sipitang, mula tertanya-tanya,ada urusan apa? Aku menekan button hijau, dail semula, namun tidak diangkat. beberapa minit hp berbunyi, ok,dia... "Assalamua'laikum kak, balik x hujung minggu ni, kalau bleh minta akak jadi naqibah usrah adik2 pimpinan KRU (Kelab Remaja Ukhuwwah), ustazah x sihat sangat kak, takut xdapat datang nanti, adik2 tu macam down sudah, lama xda pengisian". Sekali lagi, jawapan dariku pasti sudah mereka jangkakan. "Wa'alaikummuslm. Maaf xdapat. Kak x balik minggu ni, ada program. Minta maaf banyak." Aku sendiri tidak pasti ini sudah masuk berapa kali menolak panggilan untuk datang ke program mereka, sedangkan aku juga  punya tanggungjawab disana. Ya, disana bumi ku tercinta yang gersang dari nilai dan suasana Islam, disana..sipitang... "Ok kak, xpa, kami faham.

Sunday, March 20, 2011

Bila Thiqah tercalar




Kalau handphone yang tercalar, boleh ganti casing, kalau kereta tercalar boleh cat baru, tapi bila thiqah tercalar...
 Dalam amal dakwah, thiqah adalah sifat yang diberikan kepada seseorang atas keperibadian mulia yang dimilikinya & kemampuannya untuk menjalankan tugas dakwahnya. Thiqah dalam amal dakwah mengakibatkan seseorang itu dipercayai untuk melakukan tugas, diterima pendapat & kata-katanya & dihormati keperibadiannya.Thiqah adalah status yang perlu dmiliki oleh semua penggerak dakwah. Tidak kira samada dia adalah pemimpin atau pengikut. Kewujudan thiqah membolehkan pemimpin dihormati & ditaati oleh pengikutnya sementara pengikut pula akan diberi kepercayaan untuk menjalankan tanggungjawab dakwahnya. Thiqah jugalah yang memastikan kemesraan antara seorang sahabat dengan sahabat yang lain.
Jadi seandainya thiqah telah luput dari kalangan kita, pemimpin telah hilang thiqah terhadap pengikutnya apatah lagi jika pengikut telah hilang thiqah terhadap pemimpinnya, yang muda telah hilang thiqah pada yang tua, rakan-rakan seperjuangan sudah hilang keyakinan sesama mereka. Organisasi akan porak peranda, amal dakwah akan tergendala, tanggungjawab akan terabai & setiap pihak yang terlibat pastinya akan dipersoalkan oleh Allah Ta'ala.Thiqah wujud apabila terpancar dari keperibadian seseorang itu segala nilai-nilai murni hasil dari penghayatannya terhadap Islam & perjuangannya. Di antara nilai-nilai ini, yang paling penting ialah keikhlasan, amanah & jujur dalam semua hal.

Saturday, March 12, 2011

Muslimahku Sayang





Panas la, tak selesa la, rimas rimas rimas!! Cakap pasal aurat saja, confirm berhambur2 alasan keluar. Apapun alasannya, hakikat perintah menutup aurat bukan kita manusia yang buat, tapi Allah subhanawataa'la pemilik kerajaan langit dan bumi. Yaa, Pemilik bumi yang kita pijak sekarang ni. Sesungguhnya Dialah yang menetapkan peraturan/syariat ,Allah SWT menginginkan agar manusia berusaha mengendalikan hawa nafsu berwahanakan ilmu. Mau lawan?haa pigi la buat bumi sendiri, buat peraturan sendiri. Sesungguhnya Allah mengatur segalanya untuk kebaikan umat manusia bukan membebankan.


Surah yang selalu disebut2, tetapi  berapa ramai yang beramal dengannya. Al Nur:31, Allah Taala berfirman, Maksudnya: 


"Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali apa biasa nampak aripadanya (iaitu wajah dan kedua-dua telapak tangan) dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan kain tudung mereka dan janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara mereka atau putera-putera saudara-saudara mereka atau putera-putera saudara-daudara wanita mereka atau wanita-wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak punya keinginan (nafsu seks) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita."


Hatta buku yang kita sayang pun kita balut cantik dan rapi, langsir menutupi tingkap, alas menutupi meja..cantik...

Sunday, February 20, 2011

Persahabatan : Nilai Izzah



Tiada yang lebih indah berbanding sebuah persahabatan yang diikat kukuh dengan nilai ukhuwwah Fillah pula bersulam rasa kasih dan cinta kerana Allah swt.

Persahabatan inilah menjalin tenaga dan menguatkan saf perjuangan dari ancaman pelbagai anasir yang merosakkan amal jamaei dan thiqah berjamaah .

Sendi utama persahabatan ini ialah ghayah dan hadaf yang bersatu di atas prinsip amal Islami biarpun mungkin berbeza approach dalam melaksana atau merealisasikannya .

Jamaah menjadi ceria dan anggotanya gembira apabila orientasi organisasinya berlandaskan nilai persahabatan yang menepati piawaian yang dikehendaki oleh sebuah Gerakan Islam .

Sebaliknya mendung akan mengiringi sepanjang sessi atau musim andai jamaah kehilangan nilai persahabatan ini . Tentu sahaja krisis serta konflik mudah tercetus dan paling tidak " perang dingin" sesama anggota akan wujud apabila makna sebuah persahabatan tercalar atau dibiarkan tercemar dek pelbagai virus negatif yang menular dikalangan anggota .

Thursday, February 10, 2011

Mengawal HATI dengan IMAN


 Mari sama-sama kita meneliti maksud sabda Rasulullah s.a.w; "Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad. Apabila ia rosak, akan rosak pula seluruh jasad. Iulah hati atau kalbu.(Riwayat Bukhari dan Muslim).


"Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya".(Surah Asy-Syam:8-10)


saya memahami ayat ini membawa maksud bahawa hati berpotensi kepada 2 perkara, kebaikan dan kejahatan. Bagi para  pejuang, hati merupakan sumber kekuatan, keberanian dan semangat. tapi bukan hati itu yang saya maksudkan. Hati pejuang juga tidak lari dari kemaksiatan. Usrah baru-baru ini, sempat mengutarakan soalan kepada naqib, lebih kurang begini bunyinya.. "Ustaz, kita mengaku kita berjuang, zahirnyanya kita beramal, tetapi hati bermaksiat ustaz. Kita suka dengan muslimin ini, muslimat itu. kita melarang orang lain couple, tapi hati cenderung ingin bercouple.Adakah ini yang dimaksudkan Allah dalam surah As Saff( AYAT 2-3) ustaz?"

Tuesday, January 11, 2011

WANITA --- De Hearty


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi


Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanakokn
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Lagu : Syamer (ADA Exists Sdn. Bhd.)
Lirik : Syamer (ADA Exists Sdn. Bhd.)



Sunday, January 2, 2011

Ku pinta sedikit masamu sahabat... sedikit sahaja untuk membacanya..


Saatku goreskan tinta ini ada jutaan kata yang ingin kusampaikan namun tak mampu ku rangkum dalam barisan kata dan kalimat. Ketahuilah, apa yang mampu ku tulis hanya bagian terkecil dari ungkapan syukurku atas hadirnya dirimu dalam lembaran hidupku.., arti hadirmu tak mampu digambarkan dalam kata-kata, terlalu indah, terlalu manis, terlalu berharga...
saat sendiri kurasakan diri ini bagai sepotong puzzle, bersamamu bagai menemukan potongan puzzle lainnya dalam bentuk yang berbeda namun dapat saling melengkapi dan mengisi. Ya, akulah sepotong puzzle itu, tak sempurna saat sendiri, namun hadirmu sempurnakan hidupku.
ribuan langkah telah kita harungi bersama, dalam hitungan tahun kita dipersatukan dalam sebuah lingkaran terkecil dari sebuah lingkaran ukhuwah yang telah melewati sekat-sekat ruang dan waktu.Segala perbedaan sirna melebur dalam persaudaraan, dalam cinta, dalam ikatan hati yang kian kuat teriring doa rabithoh

add this