Saturday, December 18, 2010

TABARRUJ??



Tabarruj, ialah mendedahkan kecantikan rupa paras, samada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Al-Bukhari RahmatuLlahi ‘Alaihi ada berkata: “Tabarruj, iaitu seseorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.” Beberapa hari yang lalu, seorang sahabat mengadu dia ditegur kerana warna tudung dan pakaiannya agak menarik perhatian, Ya Allah, Dia saja yang tahu malunya c muslimat ni, bila yang menegur tu pula dari kalangan muslimin. Tapi dia sendiri akui, warna2 pakaiannya terang, hijau, oren..pokok pangkalnya warna2 yang menarik perhatian sesiapa yang melihat. itulah tabarruj. Kadang2 kita tahu benda tu salah, tapi manusia kan, terkadang lupa, Alhamdulillah, ada sahabat yang sayang dan berani menegur. (tapi agak2 la klu muslimin yang tegur) 


Allah telah berfirman yang bermaksud: 
“Janganlah menampakkan perhiasan” (al-Nur: 31).


Kemudian pada ayat lain Allah berfirman: 
"dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu". (Al-Ahzab:33)



Pengertian perhiasan bukanlah terhad pada alat-alat solek atau fesyen-fesyen pakaian sahaja, malahan perhiasan yang paling istimewa adalah terletak pada tubuh badan seseorang wanita itu. Maksudnya gaya lenggok jalan seorang perempuan itu juga boleh menjadi tabarruj.
Zaman sekarang ni berlumba2 orang kejar fesyen semasa, up to date la lebih kurang, kalau ikut syariat tidak jadi hal, ni pakai pelik2. orang zaman dulu pun ndak pelik macam dorang. Tapi tu la satu saya mau ingatkan
kepada semua muslimat, hadis Rasulullah yang bermaksud


“……. Aku memandang ke neraka, maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah wanita.


Ada yang memakai tudung, tapi??tiada istilah 'bergaya' dalam menutup aurat. Islam meletakkan kewajiban menutup aurat untuk menjaga keselamatn diri wanita, tapi kalau tudungnya pula yang menjadi tumpuan ramai, konsep menutup aurat itu salah sama sekali. Bahkan membawa kepada dosa besar.


"Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman. Hendaklah mereka memelihara (menahan) pandangan dan memelihara kemaluannya.."(An Nur:30)


Macam mana kaum lelaki mahu jaga pandangan kalau muslimat sudah hidang makanan?Astagfirullah.. sama2 kita bermuhasabah. 


P/S :
Cantiknya wanita karena kejernihan wajahnya
Manisnya wanita karena senyumannya yang indah
Anggunnya wanita karena kesederhanaan lahiriyah
Hebatnya wanita karena keimanan dan ketakwaan
yang tegak...
Hiasilah pribadimu dengan akhlak terpuji
menjadilah dirimu menjadi muslimah sejati.
Wallahu'alam


0 comments:

Post a Comment

add this