Thursday, February 10, 2011

Mengawal HATI dengan IMAN


 Mari sama-sama kita meneliti maksud sabda Rasulullah s.a.w; "Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad. Apabila ia rosak, akan rosak pula seluruh jasad. Iulah hati atau kalbu.(Riwayat Bukhari dan Muslim).


"Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya".(Surah Asy-Syam:8-10)


saya memahami ayat ini membawa maksud bahawa hati berpotensi kepada 2 perkara, kebaikan dan kejahatan. Bagi para  pejuang, hati merupakan sumber kekuatan, keberanian dan semangat. tapi bukan hati itu yang saya maksudkan. Hati pejuang juga tidak lari dari kemaksiatan. Usrah baru-baru ini, sempat mengutarakan soalan kepada naqib, lebih kurang begini bunyinya.. "Ustaz, kita mengaku kita berjuang, zahirnyanya kita beramal, tetapi hati bermaksiat ustaz. Kita suka dengan muslimin ini, muslimat itu. kita melarang orang lain couple, tapi hati cenderung ingin bercouple.Adakah ini yang dimaksudkan Allah dalam surah As Saff( AYAT 2-3) ustaz?"
Nau'zhubillah, jauhi kami dari kemurkaan Allah. Panjang lebar jawapan ustaz, tapi satu yang saya cuba fahami. Kawal hati dengan iman, jika belum bersedia untuk berumah tangga, isi masa dengan amal ibadah, sibukkan diri dengan kerja-kerja Islam, insyaAllah masa untuk hati bermaksiat akan kurang.





"ALLAH, LIMPAHKAN HATI KAMI DENGAN IMAN DAN TAQWA KEPADAMU.."

1 comments:

Anonymous said...

assalamua'laikum.sebab tu kadang2 orang yang aktif grak kerja islam ni, program x jadi, masalah dalam jamaah. sebab orang yang mengajak tu pn hati x berih. hati buat maksiat.nau'zubillah. semoga Allah bersihkan hati kita dari berbuat dosa.amin

Post a Comment

add this