Saturday, March 12, 2011

Muslimahku Sayang





Panas la, tak selesa la, rimas rimas rimas!! Cakap pasal aurat saja, confirm berhambur2 alasan keluar. Apapun alasannya, hakikat perintah menutup aurat bukan kita manusia yang buat, tapi Allah subhanawataa'la pemilik kerajaan langit dan bumi. Yaa, Pemilik bumi yang kita pijak sekarang ni. Sesungguhnya Dialah yang menetapkan peraturan/syariat ,Allah SWT menginginkan agar manusia berusaha mengendalikan hawa nafsu berwahanakan ilmu. Mau lawan?haa pigi la buat bumi sendiri, buat peraturan sendiri. Sesungguhnya Allah mengatur segalanya untuk kebaikan umat manusia bukan membebankan.


Surah yang selalu disebut2, tetapi  berapa ramai yang beramal dengannya. Al Nur:31, Allah Taala berfirman, Maksudnya: 


"Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali apa biasa nampak aripadanya (iaitu wajah dan kedua-dua telapak tangan) dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan kain tudung mereka dan janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara mereka atau putera-putera saudara-saudara mereka atau putera-putera saudara-daudara wanita mereka atau wanita-wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak punya keinginan (nafsu seks) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita."


Hatta buku yang kita sayang pun kita balut cantik dan rapi, langsir menutupi tingkap, alas menutupi meja..cantik...
ya,yang tertutup itu memangnya cantik. Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar kecantikan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak.
Sebelum menulis lebih jauh, -i'm sorry buat lelaki-. Kamu tau tidak nafsu lelaki tu kuat, sehingga jari jemari kita perempuan ni pun mampu merangsang syahwat mereka? Sebab tu Allah warning dorang awal2, tundukkan pandangan, tundukkan pandangan. Tapi orang perempuan rilek free hair, rilek pakai baju saiz s, seolah2 menghidangkan sajian untuk makanan kepada nafsu. Begitu juga dengan segala macam gambar yang kita tunjuk di fb, blog, twitter dan sebagainya, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, bagaimana pula yang berpenyakit hatinya?
Tujuan penutupan aurat adalah untuk menjaga maruah wanita, agar sentiasa selamat dan terpelihara dari gangguan yang tak diingini. Tapi kalau sudah letak gambar sampaikan setiap jerawat, bulu, parut di mula tu boleh nampak (zoom), dimana letaknya maruah kita? Yang teruknya orang lain yang elok2 sudah tutup aurat difitnah dan disama2kan dengan yang lain. Tidak adil bukan?


Akhir kalam, kata-kata saya ini bukan baru, namun ia adalah peringatan untuk kita semua. Semoga Allah SWT mengurniakan manfaat yang ada padanya dan mengalirkan kesannya pada hati dan jiwa kita dengan kedamaian, ketenangan dan kebahagiaan.
Ketahuilah, kita kini umpama berdiri di satu pelabuhan kehidupan, sedang menunggu kapal yang akan membawa kita ke destinasi terakhir di sebuah dataran besar, iaitu akhirat yang lebih kekal. Tingkatkan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya dan carilah apa yang menyenangkan Allah bagi memungkinkan kita meraih komoditi yang tidak terbanding nilaiannya..

Jadilah wanita yang bermaruah rohani dan jasadi. Semoga menjadi penghuni JANNAH yang kekal abadi...

0 comments:

Post a Comment

add this