Friday, March 25, 2011

Aku lahir di situ




Usai solat fardu Isya' berjemaah, duduk sambil berbual dengan beberapa orang muslimat..tangan meramas-ramas beg sandang. Terpapar pada screen hp "1 missed call", tangan sebelah pula terus meramas beg, hp yang satu lagi, "1 missed call". Panggilan daripada sahabat seangkatan merangkap pengerusi PSS sipitang, mula tertanya-tanya,ada urusan apa? Aku menekan button hijau, dail semula, namun tidak diangkat. beberapa minit hp berbunyi, ok,dia... "Assalamua'laikum kak, balik x hujung minggu ni, kalau bleh minta akak jadi naqibah usrah adik2 pimpinan KRU (Kelab Remaja Ukhuwwah), ustazah x sihat sangat kak, takut xdapat datang nanti, adik2 tu macam down sudah, lama xda pengisian". Sekali lagi, jawapan dariku pasti sudah mereka jangkakan. "Wa'alaikummuslm. Maaf xdapat. Kak x balik minggu ni, ada program. Minta maaf banyak." Aku sendiri tidak pasti ini sudah masuk berapa kali menolak panggilan untuk datang ke program mereka, sedangkan aku juga  punya tanggungjawab disana. Ya, disana bumi ku tercinta yang gersang dari nilai dan suasana Islam, disana..sipitang... "Ok kak, xpa, kami faham.
Cuma kesian tengok adik2 tu, lama sudah x ada pengisian, dorang perlukan semangat tu kak, mungkin kalau akak ada dapat top-up2 sikit. Saya pun xdapat turun kak, ada program juga dikampus." Sedih + kecewa. Sejenak mengingat wajah adik2 KRU, wajah2 bersemangat untuk mendalami Islam, mengamalkannya dan bersama2 menyumbang tenaga menggerakkannya. apa khabar mereka?bukan khabar kesihatannya, tapi khabar iman dan taqwa...


  Takutnya aku, andai lepas ini, langkah mereka kian terhenti tatkala tiada yang merawat tika mereka luka kecewa, tiada yang mengingatkan tika mereka terlupa, tiada yang datang bertandang tatkala hati sedih merundung di dada, tiada tersedia bahu tika tercari2 tempat mengadu. Kerna aku juga lahir di situ,
KRU...medan sentuhan tarbiyyahku disitu.. Ya Allah, Engkau peliharalah mereka, tetapkan hati mereka pada agama dan ketaatan, pada Islam  dan perjuangan.amin. Akhir kata, tidak ada kiriman hebat buat mereka disana, sakadar menyampaikan kata2 yang suatu ketika dahulu telah dihadiahkan oleh seorang kakak (salah seorang naqibah ku) kini diamanahkan kepada kamu, semoga menjadi penguat diri menghadapi mehnah perjuangan yang mendatang. Ingatlah... Perjuangan kita ni bukan menjanjikan jalan yang mewah, hidup yang diselimuti pujian, atau menyediakan ganjaran wang dan hadiah impian dunia, tetapi jalan yang kita pilih ini memerlukan kita memberikan sepenuh jiwa dan raga, sepenuh keikhlasan, dan sepenuh komitmen kerana Allah. Hakikatnya hanya penat lelah yang kita dapat, hanya  titisan peluh menjadi peneman, dan adakala kesakitan, kekecewaan bahkan air mata menjadi galang-ganti...

Tapi satu perkara yang perlu kita ingat...Allah tidak akan mensia-siakan hamba-hambanya yang berjuang menegakkan agama Allah.. Ingatlah..usaha, kepayahan, air mata, sakit, kecewa, gembira, puas semua rasa ini akan bersatu sebagai aset bernilai untuk kita persembahkan di hadapan ALlah kelak sebagai jaminan kita untuk masuk ke SyurgaNya...


Firman Allah 
"..sesungguhnya orang yang paling tinggi darjatnya di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa di antara kamu..."

Wallahua'lam.

0 comments:

Post a Comment

add this