Wednesday, April 6, 2011

Nikah muda?



Mata meliar mencari artikel terbaru di ruangan  iluvislam.. "Saatnya untuk Menikah", artikel yang mengingatkan aku akan soalan yang diajukan ketika pulang ke kampung baru-baru ini. "sudah ada calon ka ni?", aku tersenyum. Mak yang duduk bersebelahan juga tersenyum. Tidak sempat aku menjawab, mak sudah mendahului, "tunggu dulu dia habis belajar, lepas tu baru fikir pasal kahwin". Aku diam, tapi bukan bererti meng'iya'kan. Lagak seperti aku tidak endah akan soalan tersebut, sambil bermain2 bersama anak kepada sepupuku, haa budak ni hampir menjangkau 4 tahun, 'ummi'nya juga sebaya denganku, sudah punya 2 orang anak pun, coming soon akan menjadi 3 orang. Alhamdulillah, rezeki dia. Ketika berada di dalam bas balik ke kampus tempoh hari, mengambil masa 3-4 jam perjalanan, fikiranku jauh melayang,  mentaliti masyarakat yang bagaimana harus diwujudkan?? Salahkah bernikah sebelum habis belajar(ipt)? Adakah perempuan harus berdiam walaupun berkeinginan untuk menikah? Malu lebih dikhuatiri berbanding hati yang terus menerus bermaksiat? Aku respect kepada remaja2 yang menikah seusia mudanya, mahu malu kenapa, Allah sudah bagi tunjuk jalan halal, tapi ramai lagi yang memilih jalan dosa, jalan yang membawa ke neraka, jalan senang kononnya. Dan aku tidak faham mentaliti sebegini. Selalu aku perhatikan perbualan di kalangan sahabat2 muslimat, rancak bertukar cerita dirisik, dilamar dan sebagainya. Tapi untuk menikah?
ya, lagi2 faktor keluarga. Bukan saya katakan pendapat keluarga tidak penting, tapi asasnya pemikiran mereka yang kita kena ubah dulu. Mungkin mengambil masa, faedahnya bukan untuk kita sahaja, tetapi kita harus memandang kepada hari kemudiannya. Saya juga mensyorkan anda untuk membaca artikel ini "nikah khitbah satu alternatif"




Padahal Rasulullah s.a.w. berpesan:
Wahai Ali, ada Tiga perkara jangan ditunda-tunda; apabila Solat telah tiba waktunya,Jenazah apabila telah siap penguburannya, dan Perempuan apabila telah datang laki-laki yang sepadan meminangnya." - HR Ahmad
"Apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaqnya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerusakan yang merata di muka bumi." - HR Tarmidzi dan Ahmad

p/s I : kepada semua remaja diluar sana, pilihlah selagi boleh memilih, mau yang hensem/cantik atau yang biasa2, mau pilih isteri/suami yang baik atau buruk, mau pilih kahwin sekarang atau nanti2, mau pilih yang halal atau haram.. cuma mengingatkan, hakikatnya, apa pun yang kita pilih cuma ada dua jawapan pada pengakhirannya, iaitu syurga atau neraka. semoga bermanfaat buat semua. Allahu'alam
p/s II : Entri ini juga bukan menjurus kepada perasaan yang menulis, sekadar pandangan kepada realiti sebenar. Respon kepada isu semata2.harap maklum.tq

0 comments:

Post a Comment

add this