Saturday, March 27, 2010

"salam ukhuwahfillah"


Alhamdulillah, akhirnya impian untuk memiliki blog sendiri tercapai.. Walaupun telah sekian lama terpanggil untuk menulis, tapi Allah SWT jualah telah menetapkan bahawa hari ini hambaKu yang ini telah membuka satu lagi jalan dalam perjuangannya, InsyaAllah.. Menyedari bahawa diri tidak punya bakat sehebat pelajar sastera, ilmu tidak setinggi kinabalu, jiwa tidak seteguh karangan, pertama-tamanya saya pohonkan keampunan kepada Allah Taala, semoga jalan ini dipilih bukan kerana nafsu untuk menonjolkan diri semata, bukan juga takut dikatakan ketinggalan kerana tidak punya blog, tetapi kerana keikhlasan hati untuk sama-sama berada dalam saff perjuangan melancarkan senjata-senjata pemikiran. Diharap perkongsian pengalaman,
pengetahuan dan lontaran pemikiran dapat memberi manfaat kepada pembaca juga saya sendiri. Kepada Allah SWT saya mengadukan kelemahan potensi, ceteknya kretiviti dan lemahnya hasil penulisan, semoga dilengkapi kekurangan, diampuni kelancangan dan dipersiapkan diri menghadapi segala keterlanjuran. Segala kebaikan daripada Allah dan segala kelemahan daripada hamba yang bersifat kekurangan ini. Semoga usaha yang sedikit akan dinilai sebagai amal soleh olehNya. Ameen…

0 comments:

Post a Comment

add this