Monday, April 5, 2010

Saya Islam ba..



Pasti mereka akan mengaku begitu, saya orang Islam, walhal watak dan penampilan diri tidak menampakkan ciri-ciri keislaman itu sendiri. Melihat kepada keadaan di Sabah ini pula, rata-rata bentuk rupa dan warna kulit tidak boleh menunjukkan bangsa mahupun agama seseorang. Ada yang chinese look, tetapi Islam, muka Dusun, juga beragama Islam. Norsiah, Saujartini, Jidah, nama-nama melayu/Islam, tetapi jangan silap, ada juga yang bukan. Jadi macam mana nak tahu dia Islam atau tidak?? Perempuan contohnya..tapi kalau perempuan Islam tak pakai tudung? Tak tutup aurat? Adoi…
Teringat kisah masa bulan pertama masuk hostel, kalau dilihat memang tak sangka budak ni Islam, rambut curl-curl, hidung bertindik, style pun memang cina betul la, 3-4 minggu kemudian semasa saya mengambil kehadiran ke masjid(Pusat Islam), jumpa pula dia duduk di tepi pintu. Saya tegur dia, “eh buat apa sini?saya ingatkan kamu bukan Islam..(soalan spontan, ndak sempat tapis), slumber dia jawab,”kenapa,macam Kristian ka?” saya terus berlalu dengan soalannya yang tidak dijawab. Sekitar 2 minggu kemudian, semasa berada di dewan tercuri dengar perbualan classmate saya dengan 2 orang perempuan(tak bertudung). Beberapa minit selepas bertaaruf budak lelaki ni tadi(classmate), bertanya soalan, dialognya lebih kurang begini

Lelaki- “kamu Islam ka?”

Perempuan- “kamu rasa apa?” (tersengih-sengih)

Lelaki- “ndak pasti pula”, akhir sekali mereka kata, “kami Islam ba…” huh,berasap juga telinga, dik oi tau pun Islam, tudung kemana aurat kemana.. Tak tau part mana yang Islam, mau tunjuk IC ka? Payah la.. Patut orang bagi soalan begitu, tersinggung la sedikit, ni tak, tak ada sensitiviti langsung, sampai orang tak boleh bezakan antara orang Islam dengan bukan, dimana letaknya akidah Islam yang membezakan kita dengan ‘mereka’? Tepuk dada Tanya Iman.

0 comments:

Post a Comment

add this