Wednesday, November 3, 2010

HUKUM mengumpat pemerintah ZALIM


Di antara ciri-ciri orang yang zalim ialah sbg mana yang dinyatakan oleh firman Allah Ta’ala :

وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أنزَلَ اللّهُ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Ertinya : “ …dan sesiapa sahaja yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah itu maka mereka itulah golongan yang zalim “ ~ Surah al-Maidah ; ayat 45 .

(( Apa yang diturunkan oleh Allah )) : Ayat ini asalnya diturunkan untuk golongan Bani Israil . Akan tetapi tidak mengapa ianya digunakan secara umum memandangkan ayat-ayat al-Quranul Karim ini sendiri adalah pedoman dan iktibar kepada manusia , khasnya bagi umat Islam . “ Apa yang diturunkan “ itu meliputi semua jenis wahyu yang berbentuk suhuf, kitab dan apa sahaja yang pernah didatangkan kepada Para Anbiya a.s . Jika kaum Bani Israil yang tidak mahu berhukum dengan undang-undang kitab Taurat sendiri digelar sebagai “ orang-orang yang zalim “ oleh Allah Ta’ala sendiri , maka apatah lagi dengan umat Islam yang tidak mahu berhukum dengan undang-undang yang termaktub di dalam al-Quranul Karim ! .

Itulah di antara ciri-ciri manusia yang zalim .

Maka secara ringkasnya jawapannya begini :


Tidak semua jenis mengata – mengajuk – melapor itu boleh dikategorikan sebagai “ MENGUMPAT “ :non dan kalau ada juga pihak yang mengatakan itu sebagai mengumpat , maka ia adalah drp jenis mengumpat yang dibenarkan . Kerana kalau semua jenis mengata – mengajuk – melapor itu benar-benar dianggap sebagai mengumpat ataupun mengumpat yang dilarang oleh agama , nescaya tidak berfaedahlah kita membuat balai polis dan tidak bergunalah diwujudkan B.P.R ( Badan Pencegah Rasuah ) . :spamafote

Melapor kejahatan seseorang @ satu pihak , mendedahkan penyelewengan yang dilakukan , membuka rahsia dan skandal busuk mereka BUKANLAH mengumpat sama-sekali , akan tetapi itu termasuk di dalam kategori “ al-Amru Bil Ma’aruf Wan Nahyu ‘anil Munkar “ ( Menyeru Kepada Kebajikan Dan Mencegah Drp Kemungkaran ) . Ini disebabkan umat manusia perlu diselamatkan daripada golongan dan pihak yang seperti itu .

Mendedahkan penyelewengan dan pengkhianatan seseorang , khasnya seorang pemimpin yang diberikan amanah untuk mentadbir dengan bersih , cekap dan amanah , BUKANLAH merupakan satu dosa , bahkan ianya merupakan satu PERKARA YANG WAJIB . Kerana , jika tidak didedahkan penyelewengan , keburukan sikapnya dan pengkhianatannya , akan terus bermaharaja-lela dan akan ramai lagi manusia yang menjadi mangsa kezalimannya .

Permasalahan memalukan seseorang itu , samalah juga dengan permasalahan mengumpat . Asal-usul kedua-duanya ini adalah HARAM kecuali di dalam beberapa keadaan yang dibenarkan syariat – sebagai mana dinyatakan oleh Al-Imam Al-Ghazali ( rh ) di dalam “ Ihya’ Ulumiddin “ dan Al-Imam An-Nawawi ( rh ) di dalam “ Riyadhus Solihin “ - iaitu :

1 – Mengadu mengenai kezaliman seseorang .

2 – Sebagai cara untuk mengubah kemungkaran dan menasihati seseorang yang berbuat dosa .
3 – Untuk memohon fatwa mengenai sesuatu hukum dan permasalahan .

4 – Menyelamatkan orang-orang Islam daripada kejahatan seseorang dan menasihati mereka .

5 – Membongkar penyelewengan seseorang yang melakukan kefasiqkan dan bid’ah secara terang-terangan .

6 – Untuk lebih memudahkan pengenalan .

Maka di dalam keenam-enam situasi di atas , MENGUMPAT DAN MEMALUKAN seseorang itu dibenarkan , dengan syarat niat utama hendaklah kerana Allah Ta’ala dan menjaga batasan-batasannya , agaryang diharuskan itu tidak pula bertukar menjadi haram !.

Maka selagi memalukan ataupun mengumpat seseorang di dalam batas-batasan yang dibenarkan syariat , maka selagi itulah ianya boleh dilakukan. Akan tetapi jika tidak , maka hukumnya kepada kepada asal iaitu HARAM 

p/s : copy paste semata

0 comments:

Post a Comment

add this