Tuesday, September 7, 2010

Sampai di U-TURN


Jauh mengembara, akhirnya diberi peluang buat  U-Turn. Alhamdulillah,satu ketika terdetik dalam hati keinginan untuk berubah kepada yang lebih baik, itulah tandanya Allah mahu memberi kita hidayahNya, asal saja kita sambut ia dengan cara yang selayaknya. Apa cara yang selayaknya?
bersegera melakukan yang baik-baik, moga-moga terhapus keburukan lalu dan diganti dengan kebaikan kini. Mulakan dengan melawan nafsu dan syaitan itu dengan memaksa diri, dengan bermujahadah melawan dan meninggalkan mana-mana yang tak soleh serta terlebih lagho(lalai). Dan dalam masa yang sama, perbanyakkan yang soleh lagi baik. Banyakkan sedekah dengan niat yang betul, banyakkan yang sunat disamping memantapkan yang fardhu.
Mohon diberi kekuatan melawan nafsu dan syaitan, kerana dari Allah jualah kekuatan itu.Sesungguhnya kita teramat lemah, segalanya memerlukan pada Allah swt.

Dan Dia memberi petunjuk ke jalan agamaNya kepada sesiapa yang merujuk kepadaNya, iaitu orang2 yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah.."-Surah Ar Ra’d : 27

Teruskan melangkah kehadapan..jadikan titik-titik hitam yang lalu sebagai pengajaran buat kita, bukan terus2san menjadi sesalan..bak kata ust.Akil Hayy, "Zaman jahil tu tak perlu ungkit2, kadang2 ia boleh mendorong untuk kembali ke asal".. 
Saya ambil contoh
khalifah hebat Saidina Umar ra, dikala jahiliyyahnya, dialah samseng segala samseng, 
dialah kepala segala otai2, bengis, menakutkan, garang. 
Kehadirannya kegusaran hebat bagi ummat islam ketika itu. 
Dia sgt digeruni. Dia sanggup mengikut ke mana sahaja Rasulullah s.a.w. pergi supaya dapat mengacau dakwah rasul. Menghalang orang lain dari mendengar dakwah rasul. 
Betapa kejamnya dia! 
Dia, dia, dan dialah umar orang yg sanggup membunuh anak sendiri! Menanam anak hidup2!

Tetapi MAHA SUCI ALLAH, SEBESAR2 PUJIAN HANYA UNTUK ALLAH...

Ketika islamnya dia, dialah panglima islam yg sangat digeruni musuh. 
Dialah umar yg meluaskan islam ke seluruh pelusuk dunia. 
Dialah yg menyampaikan sinaran islam ke merata dunia termasuk mesir dan palestin itu sendiri. 
Dialah tergolong dlm 10 SAHABAT YG DIJANJIKAN SYURGA.
Ranking nya no 2 dikalangan sahabat. 
Dia khalifah yang kedua memimpin umat islam seluruh alam selepas kewafatan nabi.
Dialah AL-FAROUQ! Dialah pemisah kebenaran dan kebatilan. 
Tiada siapa dapat menipu umar ttg kebatilan dan dosa kerna dia sendiri pernah menjadi kumpulan elit di situ.
umar yg siangnya tangkas, berani seperti singa raja di rimba,
mlmnya bagai pendeta, menunduk menghina diri di hadapan tuhan segala hamba,
tangisannya kerna takutkan dirinya tidak layak utk ke syurga..


Soalannya, adakah kita sekejam Umar??jika Saidina Umar blh berubah,kenapa tidak kita?
susah memang susah la kawan..tapi pertama-tamanya, jaga hubungan dgn Allah, Kerna DIA penjaga terbaik. Pemberi pertolongan terbaik. Tiada siapa dpt menghalang jika DIA mahukan kebaikan bagi kita.
Cari sahabat2 yg boleh sapot kita, bantu kita berubah ke arah kebaikan. Yang menginginkan kebaikan buat kita di syurga-NYA kelak.
BUKAN sahabat yg membuatkan kita merindui jahiliyyah kita. 
BUKAN sahabat yg akn memulaukn kita kerna perubahan kita. 
BUKAN sahabat yg berkawan kerna kepandaian, kecantikan, kekayaan, atau pangkat yg kita ada.
Sahabat yg baik, yg bila kita melihatnya, bersamanya, akan mengingatkan kita kepada Allah yg Maha Esa.
Ke mana kita menuju, rancang sebaiknya..perlu ada matlamat..apa dia?Allah...
did not promise that life would be easy.. 
but HE did promise that HE would be with you in every single step of your life. 
As long as you want HIM to be 
manisnya hidup jika cinta-NYA shaja menjadi pujaan... 



p/s:: untuk peringatan kpd diri sendiri dan juga mereka2 yg ingin berTRANSFORMASI..Allah masih sayang kita..sebab tu Dia tunjuk jalan untuk kita menujuNya..jgn mula nanti, bukan jg besok, sebab belum tentu masih bernafas lagi besok..jd bila ni?sekarang sahabatku..sekarang..

0 comments:

Post a Comment

add this