Sunday, May 9, 2010

Akulah Yang Pengemis


Dia (pengemis jalanan)
mengemiskan sentuhan prihatin manusia yang memiliki secebis daripada perbendaharaan kekayaan Tuhan.
Aku
mengemiskan sentuhan lembut Tuhan dalam menyedarkan siapa aku terhadap mereka yang mundar-mandir.
Aku
kaki disimpuh manakala tangan menadah kepada Ilahi.
ربّنا لا تؤآخذنا ان نسينا أو أخطأنا, ربّنا ولا تحمل علينا اصرا كما حملته على الّذين من قبلنا, ربّنا ولا تحمّلنا ما لا طاقة لنا به واعف عنّا واغفرلنا وارحمنا انت مولنا فانصرنا على القوم الكافرين

‘Wahai Tuhan kami! Janganlah Kau ambil salah akan kami sekiranya kami terlupa atau melakukan kesalahan. Wahai Tuhan kami! Janganlah Kau pikulkan atas kami beban sebagaimana yang Kau pikulkan ke atas orang-orang yang sebelum daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Kau membebanan kami barang yang tidak kuasa bagi kami denganya dan maafkanlah daripada kami dan ampunilah bagi kami kasihanilah akan kami, Engkau penolong kami maka tolonglahh kami ke atas orang-orang kafir’

Jalan ini terlalu jauh sehingga kerap kali tersasar dari laluan,
menyimpang dari tujuan dan harapan, kerana penuh ujian dan halangan di sepanjang perjalanan.. Terkadang berlanggar dengan hawa kelemahan.. Langkah semakin kecil, walau sering diberi peluang untuk meluaskan langkah, tapi kita akur, kita manusia biasa.. Hayunan terkadang semakin lambat, matlamat kian pudar, maka terdamparlah ke hati bibit keputus asaan.. Kami tidak kuat lagi meneruskan, ya Allah..sesungguhnya Engkaulah pemilik hati ini, dan Engkau lebih mengetahui yang terbaik buatnya, jauhkannya dari rasa kecewa dan putus asa kerana itu bukan sifat hamba.. Lemahlah kami ya Allah melainkan Engkau kurniakan kekuatan.. Cukuplah Engkau bagi kami sebaik-baik penolong..
Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar dari) Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar” (QS Ali Imran: 173-174)
“Dan hanya kepada Allahlah hendaknya kamu bertawakal jika kamu benar-benar beriman”. (QS Al Maidah 23)


P/s segala urusan kita kembalikan kepada Allah. Kerana Dialah pemilik hati yang sebenarnya. Bukan kamu, bukan juga aku.
Wassalam

0 comments:

Post a Comment

add this