Thursday, July 15, 2010

aku ABDULLAH





Alhamdulillah. Jika sebelum ini mengenalinya dari blog, fb dan buku-bukunya, jumaat lepas ditakdirkan bertemu beliau, sempat 'mencuri' ilmu dari beliau, walaupun duration pertemuan yang sangat singkat. Dia...
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (Saifulislam). Apa yang penting bukan jumlah ilmu yang ditabur, tapi jumlah yang dapat kita kutip. Sedikit, tapi berjaya membuat perubahan.Sepanjang perkongsian beliau, ragu-ragu sedikit akan tajuk sebenar liqa malam tu..aku yang mamai kali. 

Sempat memberi tips dari pengalaman beliau sendiri, bila mana seorang mukmin itu pasti melalui masa2 kritikal iaitu saat2 penurunan iman, terutamanya sahabat2 yang bergerak sebagai aktivis dan pendukung2 dakwah Islam. Sampai satu ketika, kita terbeban dan keletihan untuk terus bersama2 mereka yang terus teguh dijalanNya. Kata ustaz, kita kembali kepada turning point, pada saat Allah jentik hati kita dengan sinaran hidayah, MashaAllah..kamu siapa?tanya gurunya semasa beliau di tingkatan satu. Beliau heran.Ditanya lagi, kamu siapa??saya Hasrizal. Sebelum kamu hasrizal kamu siapa?erkk,tergamam. Kamu ABDULLAH! Kamu hamba Allah! Bergegar jasad, baru ku tau aku ni hamba Allah rupanya. Detik2 inilah yang menaikkan semangat beliau bila mana terasa lemah langkahnya untuk berjuang. Kita yang bertahun2 bertebaran dibumi Dia ni, tau sudah ka kita siapa? Sahabat2, pasti setiap kita punya 'turning point' bina sebanyak mungkin asbab untuk orang lain merasa kemanisannya, kerana bukan semua ber'tuah' untuk merasa lazat mendapat 'sentuhan' dari Rabbnya. Teruskan bermujahadah..Wallahu'alam

Terima Kasih Ya Allah. Terima kasih Rasulullah. Terima kasih saudaraku. Terima kasih Ustaz.

0 comments:

Post a Comment

add this