Sunday, May 15, 2011

BERKONGSI (sambungan)



Buku "AKU TERIMA NIKAHNYA", bukan buku cinta. Tapi buku tentang kehidupan. Bagaimana jalan yang dipilih oleh seorang yang berjuang di jalan Allah, kerana pasangan seumur hidup ini juga akan menentukan siapa kita selepas berumah tangga. Buku motivasi kepada remaja yang merancang untuk menikah semata2 untuk mengelak daripada berbuat zina dan maksiat, sedangkan alam perkahwinan jauh lebih besar dan lebih payah berbanding kemampuan untuk kita mengelak zina. Jika menjauhi zina sahaja kita tidak mampu, inikan pula memikul beban sebagai suami atau isteri yang bukan untuk sehari dua, tapi insyaAllah seumur hidup.


   "Ustaz, saya buntu memikirkan bagaimanakah caranya untuk melembutkan hati bapa saya yang degil, enggan membenarkan saya berkahwin semasa belajar. Sedangkan kami sudah bersedia dan ayah pun ilmu agamanya bukan gitu2, " keluh seorang pelajar kepada saya.
"Pujuk dulu. Kalau ayah tak setuju, berhenti sebulan dua. Kemudian tanya lagi," Saya memberi cadangan.
"Kalau tak setuju juga?" soalnya.

"Berhenti dua tiga bulan, kemudian tanya lagi," saya meneruskan nasihat.
"Kalau macam tu sempat la saya habis belajar dibuatnya!," rungut pelajar itu, bosan dengan nasihat saya
"Baguslah, itu trick ustaz!," saya ketawa
"Ustaz macam malas nak beri nasihat sahaja gayanya," duga beliau.
"Memang malas pun, banyak kali saya dengar cerita yang sama. Kenapa tiba2 ramai yang nak kahwin awal setahun dua ni?," saya berterus terang.
"Eh, kenapa pula? Ustaz tak setuju ke pelajar kahwin awal?, bukan sunah ke kahwin awal ni?," tanya beliau.
"Kahwin itu sunah. Kahwin awal itu, terserah. Mungkin bagus, mungkin tidak. Bergantung kepada keadaan,"
Saya tidak pernah menafikan faedah kahwin awal. Banyak bagusnya. Cepat dapat sakinah. Cepat serba serbinya!
Sedikit dialog yang diambil daripada buku tersebut.


PILIHAN


Jika yang disuruh pilih, ukurannya adalah harta, maka harta itu mudah dikira.
Jika yang disuruh pilih, hitungannya adalah rupa, maka rupa tidak luput dinilai mata.
Andai yang disuruh pilih, ketentuannya adalah keturunan, maka keturunan itu sudah jelas diketentuan.
Akhirnya yang disuruh pilih itu, adalah yang beragama. Sedangkan agama itu sulit sekali mahu diukur.
Pilihan yang dianjurkan Rasulullah itu ialah pada suatu yang amat abstrak. Namun akhirnya dalam sulit itu, segala puji bagi Allah kerana melorongkan ramai anak muda hari ini agar memilih yang sulit itu. Hatta yang tidak pernah kisah dengan tuntutan2 agama pun masih mahu satu2nya hari permulaan perkahwinan mereka, disimpan aurat sebagai berkat. Mahu pernikahan itu sandarannya adalah agama.
Pasangan yang bercinta, mereka mencari syurga. Mencari bahagia dan kepuasan santapan jiwa. Biar runtuh awan di langit, biar gegar di lantai bumi, lautan api sanggup direnangi. Itulah kuasa cinta. Pengorbanan yang sanggup ditawarkan demi sebuah cinta, yang menjanjikan bahagia. Luar biasa...


Justeru, wahai insan yang mabuk cinta, sisatlah benang yang menyulam kasihmu. Apakah ia sebuah takwa atau cinta buta yang tidak berpijak di bumi nyata? Sesungguhnya cinta yang tidak bersendikan takwa adalah cinta yang berakhir dengan permusuhan. Jika tidak di neraka dunia, pastinya neraka abadi di alam sana. Berjuanglah berbekalkan takwa untuk mengharungi epilog sebuah cinta, hingga terkecap syurga dunia
Berjuanglah sampai mengecap bahagia perjuangan, baiti jannati.. Bercintalah sampai ke syurga.. (^_^)


Buku setebal 562 muka surat ini, tidaklah boleh saya kongsikan semuanya sekali secara terperinci. Ia masih banyak dijual di kebanyakan kedai buku, harganya RM57.00.sahaja..?? =) semoga dua siri perkongsian ini dapat memberi manfaat buat semua.

0 comments:

Post a Comment

add this