Sunday, May 1, 2011

Gadis Idaman



-1 message received-
Opening……
GADIS IDAMAN”
Gadis itu wajahnya berona NUR IMAN,
Mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN,
Maruah diri dipagari dengan KESOPANAN,
Diala puteri indah rupawan..
Tika gadis lain sibuk menghiasi diri,
Dia hias NUR ILAHI di wajahnya,
Tika gadis lain sibuk mencari sang putera,
Dia selesa bersama cintaNya.
Tika gadis lain sibuk BERMADAH PUJANGGA,
Dia tekun dengan bait kata RABBnya.
Tika gadis lain menangisi pemergian ARJUNA,
Dia tangisi KEHINAAN DIRI sebagai hamba.
Gadis itu seperti mawar BERDURI,
Indah dipandang tapi sukar dipegang,
Mulianya kerana keTAQWAannya,
Cintanya kerana keperibadian akhlak mulia,
Kerana itulah dikatakan dia..
“Gadis Idaman”















Sabda Rasulullah SAW bermaksud,” Dunia itu perhiasaan,sebaik-baiknya perhiasan adalah wanita sholehah ” ( Hr Muslim )
Dalam hadis lain Nabi bersabda "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad) 

Setiap insan bernama wanita itu mengimpikan untuk menjadi wanita solehah. Wanita bakal penghuni syurga. Semoga janji Allah sentiasa menjadi motivasi diri buat semua bergelar muslimah. Biar zahir tidak memikat, maknakan kecantikan di dalam hati. (^_^)

(terima kasih buat pengirim mesej)


0 comments:

Post a Comment

add this