Friday, May 13, 2011

BERKONGSI



Bagi mereka yang tidak segan menguruskan cinta dan perkahwinan, mereka mengikut kemahuan hawa nafsu dengan membelakangkan wahyu, biarlah mereka belajar tentang akibat yang bakal ditanggung.  Adik2 yang bercouple dan buat ‘ringan2’ sebelum berumah tangga akan menghadapi kesannya pada masa hadapan. Apatah lagi jika terjebak ke kancah zina. Selepas kahwin rumahtangga akan penuh dengan syak wasangka, si suami berfikir, “Jika dengan aku dia berani berzina, apa yang menghalangnya daripada berzina dengan orang lain?”. Ini yang dimaksudkan dosa semalam, menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya. Tapi bagi yang mempunyai kesedaran Islam, cara mereka ‘menjaga hukum Allah’ penting untuk dipandu. ‘cara mereka’ kadang2 menimbulkan kehairanan . Syariat yang manakah mengajar muslimat supaya menundukkan pandangan hingga terlanggar tong pemadam api yang tergantung di koridor? Islam manakah yang mengajar muslimat bercakap seperti ‘warden penjara’ ketika berurusan dengan muslimin, semata2 mahu menghayati kehendak syarak agar mereka tidsk melunakkan suara yang boleh menimbulkan fitnah. Bagi muslimin pula, pelbagai kerenah yang timbul. Kerana mahu menjaga syariat, mereka langsung tidak berhubung semasa bertunang sehingga tidak kenal satu sama lain. Maka terbatallah hikmah  pertunangan yang dianjurkan oleh Islam.  Ada pula pasangan yang berkenalan semenjak di sekolah menengah, atau matrikulasi tetapi selepas tiga empat tahun masih belum berumahtangga, hubungan mereka akan mengalami proses yang sama. Malangnya proses berlaku di luar perkahwinan, tiba2 satu perasaan pelik datang, dengan mudah memutuskan hubungan tersebut. Jemu, itu sahaja. Sepatutnya kita tidak perlu memulakan hubungan jika dalam jangka masa terdekat, tiada kemungkinan untuk perhubungan itu dinaik taraf menjadi perkahwinan. Jangan berjinak2 untuk berkawan antara lelaki dan perempuan jika kita sedia maklum yang ibu bapa tidak akan membenarkan perkahwinan kecuali selepas tamat pengajian. Komitmen ‘atas angin’ yang tidak disegerakan kepada sebuah perkahwinan, sering berakhir hanya disebabkan oleh emosi(jemu). Solusinya, sibukkan diri dengan usrah, gerak kerja persatuan, pertandingan2 dan pelbagai aktiviti. Kata pepatah arab
“Air yang tidak mengalir(statik), akan merosakkan air tersebut. Pemuda yang banyak masa kosong (tidak dinamik), akan dibunuh oleh masa kosong itu.”  Ada dikalangan adik2 khususnya muslimah yang terlalu mudah memutuskan hubungan semata2 beralasan ada kesilapan malah dosa yang terselit dicelah2 perkenalannya dengan seorang lelaki muslim yang baik. Jika berbuat silap, bawalah bertaubat dan bukan sewenang2nya membatalkan perhubungan. Ingat pesan Nabi : “Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redha agamanay dan akhlaknya, maka kahwinkanlah. Jika tidak kamu laksanakan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas.” (Riwayat Tharmizi). Jangan Tergesa2, dan Jangan Bertangguh2.

Bertunang                                                                                                                                                    
Biarpun seorang lelaki danperempuan itu telah bertunang, hakikatnya mereka berdua tetap warga asing yang tidak diharuskan
bergaul bebas atau apa2 hak yang diberikan hanya kepada pasangan yang telah berkahwin secara sah. Jangan berlebih2han. Ada panggilan telefon mungkin hanya beberapa minit. Ada panggilan  yang mungkin perlu hingga satu jam. Bertanyalah kepada hati, jika perasaan memberitahu bahawa perbualan itu mendatangkan rasa resah dan bersalah selesaikan masalah dengan cara baik agar tidak mencetuskan dosa. Pertunangan juga tidak pelu dihebih2kan. Nabi ada mengingatkan :”Rahsiakan pertunangan dan maklumkan tentang perkahwinan”. Pertunangan adalah komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama menjelaskan bahawa antara hikmah menggesa pertunangan tidak dihebah2kan  ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad dengki manusia yang bertindak tidak baik. Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal daripada berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup…selama2nya sampai mati.
InsyaAllah perkongsian akan disambung jika berkesempatan.


Dipetik dan diubahsuai daripada buku "Aku Terima Nikahnya"
Penulis : Hasrizal Abdul Jamil

2 comments:

Muslim Haraki said...

Assalamu'alaikum. Tajuk yang sesuai dengan situasi remaja. Mudah2an dikira oleh Allah SWT sebagai amalan yang baik. Amin...

زيإنشراح حميرا said...

wa'alaikumussalam. amin. syukran

Post a Comment

add this