Monday, May 16, 2011

Menjadi Guru


   Tekak semakin sakit. Suara semakin hilang. Cuaca yang panas baru2 ini benar2 menguji kekuatan fizikal. Sehingga ajakan untuk menghadiri kenduri tahlil terpaksa ditolak, pada masa yang sama mesyuarat yang sepatutnya dihadiri jam 10.30 malam sama sekali tidak difikirkan. Tidak ada mujahadah. Jam 2 petang esoknya..“Kak, jum makan diluar?”. “Allah..panasnya. Kamu saja la keluar ya, kak pesan mee goreng”.Jawabku sambil menjenguk keluar tingkap, terasa bahangnya masuk ke ruang bilik.
Itu cerita semalam, dan hari ini sakit. Ya, masih sakit. Dan hari ini (14 mei) juga perlu pergi ke program Kem Bestari Solat, jemputan menjadi fasilitator kepada adik2 yang terdiri daripada Tahun 4 hingga 6. Trauma. Itu cerita sahabat saya yang berpengalaman menjadi fasi kepada budak2 sekolah rendah. Hidup ini mahu tidak mahu, adalah pilihan. Alhamdulillah, Allah ringankan kaki saya untuk pergi juga ke program tersebut, walaupun kepala agak berat sekali bebannya.



gambar hiasan

gambar hiasan
 Melangkah kaki ke sekolah itu, kami terkejut, jumlah peserta tersasar jauh dari anggaran kami, begitu ramai. Itu belum mengejutkan lagi, rupanya seorang fasi akan mengendalikan bukan hanya 10 orang, bukan 15 orang, tapi 1 kelas?? 29 orang (sepatutnya ada 35 orang termasuk yang tidak hadir). Setiap fasi akan ditemani oleh ustaz atau ustazah sekolah tersebut, namun ustazah yang sepatutnya berpartner dengan saya tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya kerana perlu mengurus makanan dan sebagainya.  Berdiri di hadapan kelas 5 Cekap, meninjau dari luar kelas, murid2 berlarian, saya sengaja berdiri di depan pintu dengan mimik muka serius. "Assalamua'laikum ustazah!" serentak mereka memberi salam. Hampir saya terketawa, mood yang dibawa tadi tiba2 berubah. 3 jam cukup lama untuk bercakap di hadapan, menulis dan menerangkan persis seorang guru. Kesian c tekak, mesti sangat kesakitan. Sebenarnya sepanjang program ini, saya kagum dengan sekolah tersebut. Dalam kem tersebut, kami perlu menjelaskan beberapa perkara yang berkaitan solat, termasuk makmum masbuq, sujud sahwi dan sebagainya.. Dan seingat saya, pernah sekali saya dan beberapa orang sahabat menganjurkan Kem Smart Solat untuk pelajar sekolah menengah juga berkaitan perkara yang sama (mungkin lebih sedikit). Tapi persoalan asas seperti ini mereka tidak tahu, dan baru belajar semasa program tersebut. Alhamdulillah, kerana itu saya kagum dengan pengajar di sekolah ini, yang mengambil inisiatif untuk mengajarnya di peringkat sekolah rendah. (memang sepatutnya). Kata pepatah "Melentur Buluh, dari Rebungnya".


Hampir setengah hari menjadi guru, saya belajar sesuatu. Belajar menjadi sabar. Belajar untuk mengajar. Belajar untuk berkongsi. Dan yang paling penting, belajar untuk lebih menghormati guru (orang yang mengajar). Kerana mendidik itu tidak mudah, perlukan kesabaran dan keikhlasan, perlukan kasih sayang antara yang mengajar dan diajar, perlukan segala2nya. Guru itu tugas yang sangat murni. Walaupun hingga kini, hati saya belum membina cita dan angan untuk menjadi guru. (^_^)
Terima Kasih SK Tobobon. (gambar2 disana xsempat upload)



0 comments:

Post a Comment

add this