Wahai para mujahid maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan jua fikiran
Korbankanlah harta sekalipun jiwa raga
Teguhkan keyakinan teruskanlah perjuangan
Wahai para mujahid janganlah terpengaruh
Ujian nikmat hidup duniawi
Biarpun ianya begitu indah
Namun hanya sementara
Memang berjuang itu terkorban
Kerana kita berjuang untuk berkorban
Itulah asam garam perjuangan
Syarat mendapat cinta Allah
Wahai para pejuang kebenaran
Suburkanlah semangat juangmu
Setiap masa sepanjang hayatmu
Dengan irama hiburan ini
Tempuhilah penderitaan
Di dalam perjuangan
Kerana itu adalah penghapus dosamu
Berjuang kerana Ilahi
Walaupun sedikit tetap kan dinilai
Sebagai amalanmu yang soleh
Lagu : The Zikr
Lirik : Ashaari Muhammad
Sunday, June 5, 2011
Wednesday, May 25, 2011
Monday, May 16, 2011
Menjadi Guru
Tekak semakin sakit. Suara semakin hilang. Cuaca yang panas baru2 ini benar2 menguji kekuatan fizikal. Sehingga ajakan untuk menghadiri kenduri tahlil terpaksa ditolak, pada masa yang sama mesyuarat yang sepatutnya dihadiri jam 10.30 malam sama sekali tidak difikirkan. Tidak ada mujahadah. Jam 2 petang esoknya..“Kak, jum makan diluar?”. “Allah..panasnya. Kamu saja la keluar ya, kak pesan mee goreng”.Jawabku sambil menjenguk keluar tingkap, terasa bahangnya masuk ke ruang bilik.
Itu cerita semalam, dan hari ini sakit. Ya, masih sakit. Dan hari ini (14 mei) juga perlu pergi ke program Kem Bestari Solat, jemputan menjadi fasilitator kepada adik2 yang terdiri daripada Tahun 4 hingga 6. Trauma. Itu cerita sahabat saya yang berpengalaman menjadi fasi kepada budak2 sekolah rendah. Hidup ini mahu tidak mahu, adalah pilihan. Alhamdulillah, Allah ringankan kaki saya untuk pergi juga ke program tersebut, walaupun kepala agak berat sekali bebannya.
Sunday, May 15, 2011
BERKONGSI (sambungan)
"Ustaz, saya buntu memikirkan bagaimanakah caranya untuk melembutkan hati bapa saya yang degil, enggan membenarkan saya berkahwin semasa belajar. Sedangkan kami sudah bersedia dan ayah pun ilmu agamanya bukan gitu2, " keluh seorang pelajar kepada saya.
"Pujuk dulu. Kalau ayah tak setuju, berhenti sebulan dua. Kemudian tanya lagi," Saya memberi cadangan.
"Kalau tak setuju juga?" soalnya.
Friday, May 13, 2011
BERKONGSI
Bagi mereka yang tidak segan menguruskan cinta dan perkahwinan, mereka mengikut kemahuan hawa nafsu dengan membelakangkan wahyu, biarlah mereka belajar tentang akibat yang bakal ditanggung. Adik2 yang bercouple dan buat ‘ringan2’ sebelum berumah tangga akan menghadapi kesannya pada masa hadapan. Apatah lagi jika terjebak ke kancah zina. Selepas kahwin rumahtangga akan penuh dengan syak wasangka, si suami berfikir, “Jika dengan aku dia berani berzina, apa yang menghalangnya daripada berzina dengan orang lain?”. Ini yang dimaksudkan dosa semalam, menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya. Tapi bagi yang mempunyai kesedaran Islam, cara mereka ‘menjaga hukum Allah’ penting untuk dipandu. ‘cara mereka’ kadang2 menimbulkan kehairanan . Syariat yang manakah mengajar muslimat supaya menundukkan pandangan hingga terlanggar tong pemadam api yang tergantung di koridor? Islam manakah yang mengajar muslimat bercakap seperti ‘warden penjara’ ketika berurusan dengan muslimin, semata2 mahu menghayati kehendak syarak agar mereka tidsk melunakkan suara yang boleh menimbulkan fitnah. Bagi muslimin pula, pelbagai kerenah yang timbul. Kerana mahu menjaga syariat, mereka langsung tidak berhubung semasa bertunang sehingga tidak kenal satu sama lain. Maka terbatallah hikmah pertunangan yang dianjurkan oleh Islam. Ada pula pasangan yang berkenalan semenjak di sekolah menengah, atau matrikulasi tetapi selepas tiga empat tahun masih belum berumahtangga, hubungan mereka akan mengalami proses yang sama. Malangnya proses berlaku di luar perkahwinan, tiba2 satu perasaan pelik datang, dengan mudah memutuskan hubungan tersebut. Jemu, itu sahaja. Sepatutnya kita tidak perlu memulakan hubungan jika dalam jangka masa terdekat, tiada kemungkinan untuk perhubungan itu dinaik taraf menjadi perkahwinan. Jangan berjinak2 untuk berkawan antara lelaki dan perempuan jika kita sedia maklum yang ibu bapa tidak akan membenarkan perkahwinan kecuali selepas tamat pengajian. Komitmen ‘atas angin’ yang tidak disegerakan kepada sebuah perkahwinan, sering berakhir hanya disebabkan oleh emosi(jemu). Solusinya, sibukkan diri dengan usrah, gerak kerja persatuan, pertandingan2 dan pelbagai aktiviti. Kata pepatah arab
Sunday, May 1, 2011
Gadis Idaman
-1 message received-
Opening……
“GADIS IDAMAN”
Gadis itu wajahnya berona NUR IMAN,
Mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN,
Maruah diri dipagari dengan KESOPANAN,
Diala puteri indah rupawan..
Tika gadis lain sibuk menghiasi diri,
Dia hias NUR ILAHI di wajahnya,
Tika gadis lain sibuk mencari sang putera,
Dia selesa bersama cintaNya.
Tika gadis lain sibuk BERMADAH PUJANGGA,
Dia tekun dengan bait kata RABBnya.
Tika gadis lain menangisi pemergian ARJUNA,
Dia tangisi KEHINAAN DIRI sebagai hamba.
Gadis itu seperti mawar BERDURI,
Indah dipandang tapi sukar dipegang,
Mulianya kerana keTAQWAannya,
Cintanya kerana keperibadian akhlak mulia,
Kerana itulah dikatakan dia..
“Gadis Idaman”
Saturday, April 30, 2011
Ujian Hati
| Perjalanan jauh, pasti penuh ujian |
Sabda Rasulullah saw: “Sesungguhnya di dalam jasad anak Adam itu ada seketul daging, bila ia baik, nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila buruk, maka buruklah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah, ia itu adalah kalbu (hati).” (Bukhari dan Muslim).
Seingat saya, ini merupakan hadis pertama yang saya bawa ketika pertama kali menjadi naqibah usrah sewaktu sekolah menengah dahulu. Tika berusaha mencari seinfiniti keikhlasan sebagai bekalan dalam menyampaikan usrah, lalu hadis ini hadir sebagai motivasi diri.
“HATI” sasaran utama rejim syaitan. Silap sedikit boleh kena jerat. Silap ramal boleh membawa padah. . Hati ibarat raja yang ditaati oleh rakyat.
Wednesday, April 6, 2011
Nikah muda?
Mata meliar mencari artikel terbaru di ruangan iluvislam.. "Saatnya untuk Menikah", artikel yang mengingatkan aku akan soalan yang diajukan ketika pulang ke kampung baru-baru ini. "sudah ada calon ka ni?", aku tersenyum. Mak yang duduk bersebelahan juga tersenyum. Tidak sempat aku menjawab, mak sudah mendahului, "tunggu dulu dia habis belajar, lepas tu baru fikir pasal kahwin". Aku diam, tapi bukan bererti meng'iya'kan. Lagak seperti aku tidak endah akan soalan tersebut, sambil bermain2 bersama anak kepada sepupuku, haa budak ni hampir menjangkau 4 tahun, 'ummi'nya juga sebaya denganku, sudah punya 2 orang anak pun, coming soon akan menjadi 3 orang. Alhamdulillah, rezeki dia. Ketika berada di dalam bas balik ke kampus tempoh hari, mengambil masa 3-4 jam perjalanan, fikiranku jauh melayang, mentaliti masyarakat yang bagaimana harus diwujudkan?? Salahkah bernikah sebelum habis belajar(ipt)? Adakah perempuan harus berdiam walaupun berkeinginan untuk menikah? Malu lebih dikhuatiri berbanding hati yang terus menerus bermaksiat? Aku respect kepada remaja2 yang menikah seusia mudanya, mahu malu kenapa, Allah sudah bagi tunjuk jalan halal, tapi ramai lagi yang memilih jalan dosa, jalan yang membawa ke neraka, jalan senang kononnya. Dan aku tidak faham mentaliti sebegini. Selalu aku perhatikan perbualan di kalangan sahabat2 muslimat, rancak bertukar cerita dirisik, dilamar dan sebagainya. Tapi untuk menikah?
Saturday, March 26, 2011
Wanita Yang Indah
Aduhai wanita... Sungguh mahal dirimu di mata lelaki, tetapi mengapa masih ada lagi yang tidak menyedari? Dirimu sungguh agung di mata lelaki dan terlalu mulia di sisi Penciptamu. Namun itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan dirimu sendiri.
Menjadi wanita adalah satu anugerah yang paling indah. Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu, lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkahmu. Halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu.
Duhai wanita...
Menjadi wanita adalah satu anugerah yang paling indah. Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu, lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkahmu. Halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu.
Duhai wanita...
Friday, March 25, 2011
Aku lahir di situ
Usai solat fardu Isya' berjemaah, duduk sambil berbual dengan beberapa orang muslimat..tangan meramas-ramas beg sandang. Terpapar pada screen hp "1 missed call", tangan sebelah pula terus meramas beg, hp yang satu lagi, "1 missed call". Panggilan daripada sahabat seangkatan merangkap pengerusi PSS sipitang, mula tertanya-tanya,ada urusan apa? Aku menekan button hijau, dail semula, namun tidak diangkat. beberapa minit hp berbunyi, ok,dia... "Assalamua'laikum kak, balik x hujung minggu ni, kalau bleh minta akak jadi naqibah usrah adik2 pimpinan KRU (Kelab Remaja Ukhuwwah), ustazah x sihat sangat kak, takut xdapat datang nanti, adik2 tu macam down sudah, lama xda pengisian". Sekali lagi, jawapan dariku pasti sudah mereka jangkakan. "Wa'alaikummuslm. Maaf xdapat. Kak x balik minggu ni, ada program. Minta maaf banyak." Aku sendiri tidak pasti ini sudah masuk berapa kali menolak panggilan untuk datang ke program mereka, sedangkan aku juga punya tanggungjawab disana. Ya, disana bumi ku tercinta yang gersang dari nilai dan suasana Islam, disana..sipitang... "Ok kak, xpa, kami faham.
Subscribe to:
Posts (Atom)











