Tuesday, September 7, 2010

Sampai di U-TURN


Jauh mengembara, akhirnya diberi peluang buat  U-Turn. Alhamdulillah,satu ketika terdetik dalam hati keinginan untuk berubah kepada yang lebih baik, itulah tandanya Allah mahu memberi kita hidayahNya, asal saja kita sambut ia dengan cara yang selayaknya. Apa cara yang selayaknya?
bersegera melakukan yang baik-baik, moga-moga terhapus keburukan lalu dan diganti dengan kebaikan kini. Mulakan dengan melawan nafsu dan syaitan itu dengan memaksa diri, dengan bermujahadah melawan dan meninggalkan mana-mana yang tak soleh serta terlebih lagho(lalai). Dan dalam masa yang sama, perbanyakkan yang soleh lagi baik. Banyakkan sedekah dengan niat yang betul, banyakkan yang sunat disamping memantapkan yang fardhu.
Mohon diberi kekuatan melawan nafsu dan syaitan, kerana dari Allah jualah kekuatan itu.Sesungguhnya kita teramat lemah, segalanya memerlukan pada Allah swt.

Dan Dia memberi petunjuk ke jalan agamaNya kepada sesiapa yang merujuk kepadaNya, iaitu orang2 yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah.."-Surah Ar Ra’d : 27

Teruskan melangkah kehadapan..jadikan titik-titik hitam yang lalu sebagai pengajaran buat kita, bukan terus2san menjadi sesalan..bak kata ust.Akil Hayy, "Zaman jahil tu tak perlu ungkit2, kadang2 ia boleh mendorong untuk kembali ke asal".. 
Saya ambil contoh

Thursday, July 15, 2010

aku ABDULLAH





Alhamdulillah. Jika sebelum ini mengenalinya dari blog, fb dan buku-bukunya, jumaat lepas ditakdirkan bertemu beliau, sempat 'mencuri' ilmu dari beliau, walaupun duration pertemuan yang sangat singkat. Dia...

Saturday, May 15, 2010

Jalan Mana?


Ketika kita diamanahkan untuk memegang sesuatu tugas, maka wajib kita berusaha bersungguh-sungguh melaksanakannya bukan hanya sekadarnya, tetapi harus berikan yang terbaik, terutamanya jika ia melibatkan urusan agama. Keyakinan bahawa amanah yang diberi adalah amanah daripada Allah Subhana Wa Ta’la, pasti menggetarkan lagi hati-hati kita. Tidak kira pula sama ada tugas itu berat ataupun ringan, pasti sama kepentingannya dan pasti akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Sesuatu amanah itu jika kita laksanakan dengan baik, pasti membantu kita menghampiri jalan ke syurga, tapi jika sebaliknya, nerakalah jawabnya wanau’zhubillah..

Sunday, May 9, 2010

Akulah Yang Pengemis


Dia (pengemis jalanan)
mengemiskan sentuhan prihatin manusia yang memiliki secebis daripada perbendaharaan kekayaan Tuhan.
Aku
mengemiskan sentuhan lembut Tuhan dalam menyedarkan siapa aku terhadap mereka yang mundar-mandir.
Aku
kaki disimpuh manakala tangan menadah kepada Ilahi.
ربّنا لا تؤآخذنا ان نسينا أو أخطأنا, ربّنا ولا تحمل علينا اصرا كما حملته على الّذين من قبلنا, ربّنا ولا تحمّلنا ما لا طاقة لنا به واعف عنّا واغفرلنا وارحمنا انت مولنا فانصرنا على القوم الكافرين

‘Wahai Tuhan kami! Janganlah Kau ambil salah akan kami sekiranya kami terlupa atau melakukan kesalahan. Wahai Tuhan kami! Janganlah Kau pikulkan atas kami beban sebagaimana yang Kau pikulkan ke atas orang-orang yang sebelum daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Kau membebanan kami barang yang tidak kuasa bagi kami denganya dan maafkanlah daripada kami dan ampunilah bagi kami kasihanilah akan kami, Engkau penolong kami maka tolonglahh kami ke atas orang-orang kafir’

Jalan ini terlalu jauh sehingga kerap kali tersasar dari laluan,

Thursday, May 6, 2010

Kritikan dan Teguran


Yang menegur mestilah berpaksikan keikhlasan. Yang ditegur, haruslah berlapang dada. Pasti semua orang pernah menerima kritikan, sama ada secara berhikmah atau tidak.. Kritikan itu bergantung kepada penerimaan seseorang akan mesej dari teguran/kritikan berkenaan, ada kritikan yang baik, tetapi penerimaan kepada individu itu pula sebaliknya. Saya pasti anda juga pasti setuju jika saya katakan ia bersangkut paut dengan ego seseorang. Kadang kala kita merasa kita ini lebih tua, lebih berilmu, lebih berpengalaman, lebih dahulu, sehingga kita kita tidak boleh menerima teguran mereka yang lebih muda, lebih kurang pengalaman, dan lebih terkemudiaan. 
Siapa kita untuk menolak kritikan sedangkan manusia yang lebih mulia dari kita menerima kritikan dengan dada yang terbuka.

Tuesday, April 6, 2010

Wasiat Imam Hassan Al Banna



1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Dikeluarkan oleh Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah. Siri 15/06

Monday, April 5, 2010

Saya Islam ba..



Pasti mereka akan mengaku begitu, saya orang Islam, walhal watak dan penampilan diri tidak menampakkan ciri-ciri keislaman itu sendiri. Melihat kepada keadaan di Sabah ini pula, rata-rata bentuk rupa dan warna kulit tidak boleh menunjukkan bangsa mahupun agama seseorang. Ada yang chinese look, tetapi Islam, muka Dusun, juga beragama Islam. Norsiah, Saujartini, Jidah, nama-nama melayu/Islam, tetapi jangan silap, ada juga yang bukan. Jadi macam mana nak tahu dia Islam atau tidak?? Perempuan contohnya..tapi kalau perempuan Islam tak pakai tudung? Tak tutup aurat? Adoi…

Saturday, March 27, 2010

"salam ukhuwahfillah"


Alhamdulillah, akhirnya impian untuk memiliki blog sendiri tercapai.. Walaupun telah sekian lama terpanggil untuk menulis, tapi Allah SWT jualah telah menetapkan bahawa hari ini hambaKu yang ini telah membuka satu lagi jalan dalam perjuangannya, InsyaAllah.. Menyedari bahawa diri tidak punya bakat sehebat pelajar sastera, ilmu tidak setinggi kinabalu, jiwa tidak seteguh karangan, pertama-tamanya saya pohonkan keampunan kepada Allah Taala, semoga jalan ini dipilih bukan kerana nafsu untuk menonjolkan diri semata, bukan juga takut dikatakan ketinggalan kerana tidak punya blog, tetapi kerana keikhlasan hati untuk sama-sama berada dalam saff perjuangan melancarkan senjata-senjata pemikiran. Diharap perkongsian pengalaman,

add this